Śaivite Hindu Religion, Book Three for Children Ages 7 to 9

Pengenalan oleh Pengarang

Untuk para Pelajar§

Selamat datang ke Agama Saivite Hindu. Kanak-kanak sekalian, anda semua diminta untuk mempelajari banyak perkara pada masa kini. Anda telah belajar membaca dan menulis, menghitung kira dan lain-lain matapelajaran seperti sejarah negara anda. Buku ini adalah salah satu daripada matapelajaran yang perlu dipelajari iaitu agama anda. Di dalam Buku Tiga ini anda akan mempelajari banyak perkara asas mengenai agama Hindu. Anda akan belajar mengenai Tuhan Teragung Siva, Tuhan Murugan dan Tuhan Ganesha serta roh anda. Anda juga akan mempelajari mengenai amalan kuil dan sebab-sebab kita melakukannya. Anda akan belajar mengenai karma dan ahimsa, tanpa kekejaman (nonviolence) dan banyak lagi. Hinduisme adalah agama yang praktikal. Ia membentuk anda menjadi insan yang baik dan warganegara yang lebih baik. Belajarlah dengan tekun agama anda sepertimana anda belajar matapelajaran yang lain. Fahami amalan, kepercayaan dan falsafah kita.§

Untuk para Guru§

Buku ini ditujukan khas untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 9. Sebagai guru, anda harus memastikan pelajar anda memahami semua perkataan dalam teks ini. Sekiranya mereka diajar dalam dua bahasa, maka mereka harus faham apa yang diajar dalam kedua-dua bahasa. Dengan ini mereka akan memahami maksudnya dengan lebih jelas. Galakkan mereka untuk bertanya, dan sekiranya anda tidak tahu jawapannya, hantarkan soalan mereka kepada saya. Terdapat juga maklumat tambahan di halaman internet www.www.himalayanacademy.com/academy/tools/ untuk membantu anda termasuk panduan guru, sumber internet tambahan, buku-buku dan video yang sesuai untuk kanak-kanak. Buku ini disediakan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Tamil, Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis bagi negara dimana kebanyakan kelas diajar termasuk Malaysia dan Mauritius. Guru-guru digalakkan supaya berkomunikasi sesama sendiri untuk berkongsi bahan ajaran dan idea.§

Untuk Ibu-Bapa§

Buku ini merupakan pelajaran yang paling penting bagi anak-anak anda. Ia merupakan pemahaman mengenai Hinduisme, Sanatana Dharma, “Kebenaran Dalaman”. Ada sesetengah ibu bapa berasa bahawa mempelajari agama tidak penting dan anak-anak mereka harus lebih menumpukan perhatian pada akademik mereka. Pendekatan yang lebih bijak dalam mempelajari Hinduisme akan memberikan mereka pendapat yang praktikal untuk lebih cemerlang dalam akademik mereka. Ia juga dapat membina kehidupan yang lebih seimbang bagi kanak-kanak dan zaman kanak-kanak yang lebih riang dan kurang tekanan. Oleh itu, anda harus mengambil berat tentang pelajaran anak-anak anda dengan membaca semua pelajaran dalam Buku Tiga. Sekiranya anda mempunyai masa, layarilah bahan bacaan untuk guru dalam internet. Pertimbangkan kursus ini sebagai pelajaran untuk roh anak-anak anda, satu latihan yang akan menyediakan mereka untuk memahami agama mereka dan mempraktikkannya dengan pengetahuan dan berupaya untuk menggunakan ajaran suci tersebut dalam menghadapi isu etika dan moral yang susah dalam hidup mereka. Berilah galakan kepada anak-anak anda, bantulah mereka dalam dalam proses memahami pelajaran ini dan siapa tahu anda sendiri mungkin akan mempelajari sesuatu yang baru.§

image§

Satguru Bodhinatha Veylanswami
Jagadacharya 163 dari Nandinatha Sampradaya, Kailasa Parampara
Guru Mahasannidhanam
Kauai Aadheenam, Hawaii, USA
§