Śaivite Hindu Religion, Book Three for Children Ages 7 to 9

Glosari

agama: Cara sembahyang Tuhan dan menjadi orang yang beramal dan baik. Buddhisme dan Hinduisme adalah di antara agama yang terdapat di dunia ini.§

Agama: Koleksi ayat-ayat suci Sanskrit lama yang menerangkan adat-istiadat dan pembinaan kuil, falsafah serta yoga.§

ahimsa: Tanpa kekejaman. Tidak mencederakan orang lain dengan kata-kata, fikiran ataupun perbuatan.§

anjali mudra: Tanda hormat, sebahagian daripada namaskara, cara mengucap bagi penganut Hindu iaitu kedua-dua tangan disatukan di hadapan dada.§

annaprasana: Suapan makanan pepejal yang pertama. Upacara bagi kanak-kanak yang berusia enam bulan.§

ashram: Tempat kediaman sadhu, swami, wali atau guru. Ashram boleh jadi satu gua di gunung atau satu bangunan kompleks besar yang didiami oleh ramai swami dan para pelajar.§

Aum Gam Ganapataye Namah: Pujaan kepada Tuhan Ganesha, mantera suci bagi Tuhan Ganesha.§

Aum: Nada suci yang diucapkan semasa permulaan dalam doa dan buku-buku suci.§

bakar doa: Satu upacara membakar kertas yang telah ditulis dengan doa pada Tuhan dalam homa di kuil.§

beragama (kuat beragama): Menaruh segala kasih dan hidup ini pada Tuhan.§

biara (monastery): Rumah atau ashram untuk rahib yang biasanya di bawah penyeliaan seorang Satguru.§

bilik sembahyang: Satu tempat khas di kuil di sebelah kanan atau kiri Tuhan utama dimana ukiran Tuhan disimpan. Ia juga merupakan satu bilik khas untuk sembahyang di rumah.§

buah pinang: Buah daripada pokok pinang. Pemberian semasa ke kuil.§

budaya: Satu cara hidup yang sopan dan beradap yang berkembang melalui masa.§

chudakarana: Mencukur rambut buat kali pertama. Ia juga satu upacara zaman kanak-kanak.§

daun sirih: Daun daripada sejenis pokok menjalar biasanya digunakan sebagai sebahagian daripada pemberian di kuil.§

dewa: Suatu makhluk berbentuk cahaya yang tinggal di syurga dalam bentuk bukan fizikal. Dewa merupakan mahluk seperti kita yang berada di perantaraan kelahiran di muka bumi.§

dharma: Undang-undang semulajadi alam semesta. Undang-undang Tuhan Siva yang dipraktikkan untuk semua benda dan mahkluk.§

doa/niat: Satu permohonan yang sopan (rendah diri) dan ikhlas pada Tuhan untuk pertolongan, rahmat atau bantuan khas.§

ego (nilai diri): Identiti luaran. Tamak atau mementingkan diri sendiri.§

Ganapati: Ketua semua “ganas.” Nama lain untuk Tuhan Ganesha. “Ganas” merupakan sekumpulan dewa yang membantu Tuhan Siva.§

Ganesha: Tuhan berkepala gajah, anak pertama Tuhan Siva. Ganesha dihormati oleh semua penganut Hindu dan disembahyang terlebih dahulu sebelum menyembahyang Tuhan lain atau sebelum memulakan sesuatu perkara baru.§

guru: Seorang pengajar, biasanya orang alim yang membawa kita dekat dengan Tuhan.§

Gurudeva: Gelaran yang menunjukkan kasih sayang dan penghormatan kepada guru ternama, terutama sekali Satguru Sivaya Subramuniyaswami.§

Hindu: Seorang yang mempunyai nama Hindu dan mengamalkan cara hidup agama Hindu.§

Hinduisme: Agama yang tertua di dunia. Hinduisme mempunyai satu billion penganut yang kebanyakannya terdapat di India dan Nepal. Dalam bahasa Sanskrit ia dipanggil Sanatana Dharma, agama abadi.§

Hindu Kauai Monastery: Kauai Aadheenam, biara/kuil yang ditubuhkan di Hawaii, Amerika oleh Satguru Sivaya Subramaniyaswami.§

homa: Upacara sembahyang Tuhan dengan memasukkan kayu dan barangan bernilai ke dalam api suci.§

hundi: Tabung derma di kuil.§

Jaffna: Bandar utama di Sri Lanka, rumah kepada Satguru Yogaswami.§

karma: Prinsip sebab dan akibat.§

karnavedha: Upacara menindik kedua-dua telinga dan memasukkan anting-anting emas untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.§

kurniaan: Satu hadiah atau restu daripada Tuhan yang diberi dengan penuh kasih sayang.§

kuil: Rumah Tuhan. Ia adalah senang untuk merasakan kewujudan Tuhan di kuil.§

kumkum: Serbuk merah yang diletakkan di dahi dalam bentuk bulat, juga dipanggil pottu.§

kuttuvilaku: Lampu minyak yang diperbuat daripada loyang yang digunakan di kuil atau di rumah.§

mahasamadhi: Kematian seorang yang teragung dan suci.§

mantera: Ayat atau perkataan Sanskrit yang suci dari kitab suci, disebut semasa sembahyang ataupun sebelum memulakan makan, mesyuarat dan sebagainya.§

meditasi: Duduk diam dan mengawal pernafasan dan fikiran.§

mudra: Satu cara membentuk jari dan tangan semasa sembahyang, tarian dan yoga.§

Murugan: Anak kedua Tuhan Siva, adik kepada Tuhan Ganesha, Tuhan yang mempunyai kuasa khas yang membawa lembing dan menggunakan burung merak sebagai kenderaannya.§

namakarana: Upacara menamakan bayi yang berusia di antara 11 hingga 41 hari selepas lahir.§

penjelmaan semula: Memasuki kembali darah daging. Satu proses dimana roh mengambil satu badan fizikal yang baru. Dalam bahasa Sanskrit ia dipanggil punarjanma.§

pottu: Satu titik di dahi yang menggunakan kunkuma, serbuk merah. Ia adalah lambang penganut Hindu.§

pradakshina: Berjalan mengikut arah jam. Ia adalah amalan bakti yang biasa dilakukan di dalam dan di luar kuil.§

puja: Upacara sembahyang pada Tuhan dalam Hinduisme. Ia memerlukan setanggi, lampu minyak, air, makanan dan bunga termasuk melafaz ayat suci Sanskrit.§

Roh Pertama: Tuhan Siva, pencipta segala roh.§

Roh: Sesuatu yang terdapat di dalam tubuh kita yang dicipta oleh Tuhan Siva. Roh tidak boleh mati.§

Saivisme: Agama dimana Tuhan Siva disembahyang sebagai Tuhan yang teragung.§

Saivite: Berkaitan dengan Saivisme, salah satu daripada empat mazhab dalam agama Hindu.§

sami: Seorang yang dilatih khas untuk melakukan upacara sembahyang pada Tuhan di kuil. Sami tahu bahasa Sanskrit dan cara melakukan upacara tradisi.§

Sanskrit: Bahasa purba India dimana buku-buku suci Hinduisme telah ditulis menggunakan bahasa ini. Kebanyakan sebutan semasa upacara Hindu menggunakan bahasa Sanskrit.§

satguru: Seorang guru agama yang ternama yang rapat dengan Tuhan dan memberi tunjuk ajar kepada orang lain ke arah jalan yang benar.§

sembahyang: Satu cara untuk menunjukkan kasih sayang kita pada Tuhan dengan bernyanyi, melafaz mantera atau memberi setanggi, bunga dan makanan.§

Siva: Tuhan teragung dan pencipta alam semesta.§

Sivathondu: Berkhidmat untuk Tuhan Siva. Melakukan khidmat atau kebajikan dengan tidak mengharapkan penghargaan atau nama.§

Subramuniyaswami, Satguru Sivaya: Satguru sebelum ini (1927–2001) yang berketurunan Kailasa dalam Nandinatha Sampradaya. Guru beliau adalah Yogaswami dari Jaffna, Sri Lanka. Subramuniyaswami telah tinggal di Kauai Aadheenam, Hawaii, Amerika. Pengganti beliau adalah Satguru Bodhinatha Veylanswami.§

suci: Terdiri daripada atau sebahagian daripada Tuhan, sesuatu yang suci.§

swami: Sami Hindu. Seorang yang tidak pernah berkahwin dan telah memberikan hidupnya untuk Tuhan.§

swastika: Simbol berbentuk palang dengan hujungnya bengkok. Ia adalah simbol Hinduisme lama yang bermaksud Tuhan harus didekati dengan cara tidak langsung dan bukannya secara langsung.§

tambura: Satu alat muzik tradisional Hindu yang menggunakan tali.§

titik ketenangan: “Cool dot.” Satu panggilan untuk tanda merah di dahi yang dimahsyurkan dalam satu siaran dokumentari di televisyen Kanada yang menggunakan tajuk yang sama.§

trikonam: Segi tiga, simbol Tuhan Siva atau api.§

tripundra: Tiga garis lurus di dahi menggunakan abu suci (vibuthi).§

trisula: Lembing yang mempunyai tiga mata. Ia melambangkan kuasa Tuhan Siva iaitu kasih, kearifan dan tindakan.§

Tuhan: Tuhan Siva, pencipta alam semesta dan semua manusia dan benda didalamnya. Juga termasuk Tuhan Ganesha dan Tuhan Murugan.§

Vedas: Kitab suci Hindu yang telah ditulis dalam bahasa Sanskrit beribu-ribu tahun dahulu dan tertua di dunia.§

vegetarian (makan sayur-sayuran): Seorang yang tidak makan daging, ikan, ternakan dan telur.§

vibuthi: Abu suci khususnya bagi orang Saivite. Ia diperbuat daripada tahi lembu dengan pelbagai bahan lain seperti susu, minyak sapi, madu dan lain-lain. Ia melambangkan simbol kesucian.§

veena: Satu alat muzik kompleks yang bertali digunakan dalam muzik Hindu.§

yoga: Satu cara untuk mententeramkan fikiran dan tubuh kita. Ia termasuk melafaz mantera, duduk tanpa bergerak, mengawal nafas dan bermeditasi.§

Yogaswami, Satguru: Antara guru yang teragung di Sri Lanka (1872–1964), guru sebelum Satguru Sivaya Subramuniyaswami.§