Śaivite Hindu Religion, Book Four for Children Ages 8 to 10

Glosari

image

abu suci: lihat vibuthi.§

Agama: Satu koleksi kitab-kitab Saskrit purba. Agama-Agama menerangkan upacara kuil dan pembinaaannya, falsafah dan yoga. Ia dianggap suci sepertimana sucinya Veda-Veda.§

ahimsa: “Tidak mencederakan.” Tidak melukakan orang lain dengan pemikiran, kata-kata atau perbuatan.§

alam rohaniah: lihat Antarloka.§

alam kurang ketara: Antarloka dan Sivaloka yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.§

Alaveddy: Sebuah kampung di Sri Lanka Utara dimana Gurudeva telah tinggal semasa muda dan memulakan ashram.§

anjali mudra: Suatu gerak isyarat hormat, sebahagian daripada namaskara, kata ucapan Hindu. Kedua-dua tangan dikaup dengan lembut ke paras dada.§

Antarloka: Alam rohaniah atau Dunia Kedua dimana tinggalnya dewa-dewi. Ia adalah dunia dimana kita bermimipi.§

Appar: Salah seorang daripada empat wali Tamil yang teragung. Ia bermaksud "bapa."§

arati: Mempersembahkan lampu yang bernyala semasa sembahyang, sepertimana yang dilakukan di hadapan ikon Tuhan sewaktu puja. §

artifak: Sebuah objek istimewa buatan manusia, seperti sebuah ikon Tuhan. §

ashram: Kediaman seseorang guru atau biarawan atau birawati Hindu.§

Aum: Bunyi suci yang digunakan semasa permulaan dalam banyak kitab dan canta. §

Aum Gam Ganapataye Namah: "Pujian pada Ganapati," Mantera suci untuk Tuhan Ganesha.§

aura: Suatu tenaga kurang ketara berwarna-warni yang mengelilingi tubuh manusia. Ia boleh dilihat oleh sesetengah orang. §

Auvaiyar: Seorang wali perempuan Tamil yang telah hidup sekitar 200 S.M. Beliau adalah penganut setia Tuhan Ganesha dan Murugan. §

Bangalore: Sebuah bandar yang terletak di negeri Karnataka, India Selatan.§

banyan: Sepohon pokok yang banyak terdapat di India. Ia mempunyai akar udara yang tumbuh daripada dahan-dahan ke tanah. §

Barat: Idea, budaya dan amalan yang berasal dari Eropah dan Amerika Utara. §

Batu Caves: Gua yang terletak di luar Kuala Lumpur, Malaysia, tempat dan kuil terkemuka untuk Tuhan Murugan. §

bhajana: Lagu-lagu suci ringkas yang dinyanyikan oleh satu atau lebih penganut, biasanya diulangi secara berkumpulan. §

bhakti: kebaktian agama.§

Bhogarishi: Seorang wali Saivite teragung yang telah hidup di Bukit Palani.§

Bhuloka: Alam semesta fizikal. Alam dimana kita tinggal dalam tubuh fizikal.§

biara: Sebuah rumah atau ashram bagi biarawan dan biarawati, biasanya dibawah tunjuk ajar seorang satguru. §

biarawan: Seorang biarawan atau biarawati. Lelaki atau perempuan yang tidak berkahwin yang zahid dan beriman. §

Biara Hindu Kauai: Kauai Aadheenam, biara/kompleks kuil ditubuhkan di Hawaii, Amerika Syarikat oleh Satguru Sivaya Subramuniyaswami.§

bertimbang rasa: Berfikir dan sensitif pada perasaan dan keperluan orang lain.§

bindi: Satu titik kecil yang dipakai di dahi, di antara bulu kening. Ia adalah tanda menunjukkan seseorang itu Hindu. §

Bodhinatha Veylanswami: Guru Kailasa Parampara terkini. Beliau adalah pengganti kepada Satguru Sivaya Subramuniyaswami dan merupakan guru ke-163 dalam keturunannya.§

Buddhisme: Agama yang berasaskan ajaran-ajaran Siddharta Gautama, Buddha (624-544 S.M).§

Bukit Palani: Sebuah kuil Murugan di Tamil Nadu. §

Chellappaswami: Satguru yang telah hidup di Jaffna, Sri Lanka (1840-1915). Beliau adalah guru kepada Yogaswami. §

Chidambaram: Kuil Siva Nataraja di India Selatan yang terkenal.§

Confucianisme: Suatu sistem falsafah dan etika yang diasaskan oleh Confucius di China sekitar 500 S.M. §

Dewa: Mahkluk bercahaya yang tinggal di tubuh fizikal yang tidak ketara. Dewa-dewi tinggal di Antarloka. §

Dewi: Tuhan dilihat sebagai wanita. Sebenarnya Tuhan bukan lelaki mahupun perempuan. Dewi biasanya digunakan untuk merujuk pada aspek kewanitaan, keibuan Tuhan. §

devaram: Koleksi lagu-lagu agama yang digubah dan dinyanyikan oleh tiga orang wali Hindu yang agung. Mereka adalah Appar, Sundarar dan Tirujnanasambandar.§

Dhammapada: Kitab terpenting Buddhisme.§

Dharma: Hukum semulajadi alam semesta. Hukum Tuhan yang digunakan untuk semua benda dan mahkluk. §

Ganapati: "Ketua Gana-Gana." Nama Tuhan Ganesha. Gana adalah dewa yang membantu Tuhan Siva. §

Ganesha: Tuhan berkepala gajah, anak pertama Tuhan Siva. Ganesha dihormati oleh semua mazhab Hindu. Ganesha disembahyang terlebih dahulu.§

Ganesha Chaturthi: Harijadi Tuhan Ganesha. Ia adalah perayaan sepuluh hari dalam bulan Ogos-September. Hari terakhir dipanggil Ganesha Visarjana dimana kita mengucap selamat tinggal kepada Ganesha. §

Gorakshanatha: Guru Saivite terunggul yang telah hidup di India Utara dan Nepal sekitar 950 S.M. §

Grand Bassin: Tasik asli di tengah pulau Mauritius. Penganut Hindu menunaikan sembahyang di sini semasa Mahasivaratri. §

Gunung Kailash: Gunung Himalaya suci untuk Tuhan Siva.§

guru: Seorang cikgu, khususnya orang alim yang mengajar kita tentang agama.§

keturunan guru: Barisan guru-guru. Kuasa rohaniah diturun-temurunkan daripada seorang guru kepada guru yang seterusnya.§

guru puja: Pemujaan guru dengan memandikan kakinya dan memberi pemberian. §

Guru Purnima: Suatu perayaan bagi memberi penghormatan kepada guru. Ia dilakukan semasa bulan penuh pada bulan Julai. §

Gurudeva: Suatu istilah penyayang bagi seorang guru. Satguru Sivaya Subramuniyaswami dikenali sebagai Gurudeva. §

hatha yoga: Suatu sistem latihan fizikalmental untuk menenangkan minda dan badan serta membantu dalam meditasi. §

Himalaya: Barisan gunung-ganang tertinggi di dunia. Panjangnya 2,400km di antara India dan China dari Kashmir ke Assam. Himalaya bermaksud "tempat salji".§

Hindu: Seorang yang mempunyai nama Hindu dan mengikuti agama Hindu. §

Hinduisme: Perkataan Melayu bagi nama Sanskrit agama kita, Sanatana Dharma, yang bermaksud "agama abadi." Agama tertua di dunia, Hinduisme mempunyai satu billion penganut. §

ikon: Tuhan atau Tuhan-Tuhan. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan imej batu atau logam Tuhan atau Tuhan-Tuhan. §

Iraivan Temple: Kuil Siva yang amat berkuasa di Pulau Kauai, Hawaii, Amerika Syarikat. Ia adalah satu-satunya kuil di Barat yang dibina dengan batu granit menggunakan ukiran tangan. §

Islam: Agama yang diasaskan oleh Nabi Mohammed di Arab kira-kira 625M. §

Jaffna: Bandar utama di utara Sri Lanka. Ia adalah tempat tinggal Satguru Yogaswami.§

Jainisme: Agama purba bukan Vedic India. Mahavira merupakan pengajar agung Jain yang telah hidup sekitar 500 S.M. §

japa: Mengulangi mantera atau bunyi suci dengan penuh tumpuan. Japa dilakukan dengan senyap atau kuat, biasanya diulangi dengan kiraan 108 pada seuntai manik. §

jayanti: "Harijadi," biasanya guru jayanti, harijadi guru seseorang. §

Judaisme: Agama Jew yang diasaskan 3,700 tahun dahulu di Near East. Torah adalah kitab utama mereka. §

Kadaitswami: Guru kepada Chellappaswami, 1820-1875. Beliau berasal dari Bangalore, India ke Jaffna, Sri Lanka. §

Kailasa Parampara: Keturunan Gurudeva kita, Bodhinatha dan yang terdahulu. §

kalas: Seni dan kemahiran kehidupan yang berbudaya, seperti nyanyian, tarian dan gubahan bunga. §

Karaikkal Ammaiyar: Seorang wanita Saivite abad ke-5 M. Beliau hidup zahid dan mengamalkan yoga. §

karma: Sebarang aksi atau perbuatan. Juga, konsep sebab dan akibat.§

Kashi Vishvanatha: Sebuah kuil Siva terkemuka di Banaras, India.§

kavadi: Penebusan dosa yang rohaniah. Juga, gerbang berhias yang digunakan untuk memikul dua bekas susu ke kuil sebagai sebahagian daripada perayaan Muruga. §

Kerala: Sebuah negeri di pantai baratdaya India. §

kolam: Corak hiasan di atas tanah menggunakan tepung beras berwarna semasa perayaan.§

Kristian: kepercayaan yang berasaskan ajaran-ajaran Jesus Christ.§

kuil: Sebuah bangunan yang dikhaskan untuk sembahyang. Rumah Tuhan. §

Kumbha Mela: Perhimpunan Hindu yang diadakan setiap empat tahun sekali di salah satu empat tempat suci mengikut giliran:Prayag, Nasik, Haridwar dan Ujjain. Perhimpunan di Prayag disertai oleh kira-kira 20 juta orang, merupakan perhimpunan manusia yang terbesar di bumi untuk mana-mana peristiwa. §

Kuil Kumbhalavalai: Kuil berkuasa Tuhan Ganesha di Alaveddy, Sri Lanka. §

kunkuma: Serbuk merah yang digunakan untuk membuat bintik (pottu atau bindi) di dahi.§

kurnia: Suatu pemberian penuh kasih sayang daripada Tuhan.§

pembebasan: lihat moksha. §

Madurai: Bandar purba di Tamil Nadu, India Selatan. Kuil Meenakshi yang menakjubkan terletak di sini. §

Mahakaleshwar: Kuil Siva yang utama di Ujjain, India. §

maharishi: Wali yang agung atau seseorang yang boleh melihat masa depan.§

Mahasivaratri: Perayaan tahunan terbesar Tuhan Siva. Ia diraikan pada bulan baru Februari-Mac. Kita berpuasa dan tidak tidur sepanjang malam. §

Manikkavasagar: Seorang wali Tamil yang telah hidup sekitar 850 M. Beliau telah menulis banyak sajak dipanggil Tiruvasagam.§

mantera: Perkataan atau ayat suci Sanskrit daripada kitab-kitab kita yang dicanta semasa puja atau sebagai rahmat untuk makanan, perjumpaan dan lain-lain lagi. §

Mata Amritanandamayi: Seorang wali wanita Hindu zaman moden. Beliau terkenal dengan amalan memeluk setiap penganut yang datang kepadanya. §

Matsyendranatha: Seorang guru Natha agung yang telah hidup pada abad ke-9 M. Beliau seorang wali penaung Nepal. §

Mauritius: Sebuah negara kepulauan di pantai timur Afrika. Ia mempunyai populasi Hindu yang besar dan banyak kuil. §

mazhab: Suatu kumpulan yang khusus dalam sesuatu agama. §

meditasi: Duduk diam, bernafas dengan tetap dan menumpukan perhatian pada satu perkara yang dipilih untuk satu jangka masa. §

mengagumkan: Terbaik, indah. Memberikan inspirasi dan mewujudkan rasa hormat. §

mistik: Seseorang yang memahami rahsia kehidupan dan ingin bersatu dengan Tuhan. §

moksha: "Pembebasan." Bebas daripada kitaran kelahiran dan kematian. Berlaku selepas semua karma telah diselesaikan dan kesedaran Tuhan diperolehi. §

Mumbai: Bandar utama di negeri Maharashtra, yang dahulunya dikenali sebagai Bombay.§

murti: Imej yang disembahyang sewaktu puja. Ia diperbuat daripada batu atau logam dan adakalanya kayu. §

Murugan: Anak kedua Tuhan Siva, abang kepada Tuhan Ganesha. Mahadewa agung, Tuhan bagi yoga, dipuja di seluruh India dan dunia. §

Nallur: Sebuah kuil terkemuka Tuhan Murugan di Jaffna, Sri Lanka. §

Namasivaya: Mantera terpenting untuk para Saivite. Ia bermaksud "Pujian pada Siva," dan terdapat dalam Yajur Veda. §

namaskaram: Cara sapaan orang Hindu. Kedua-dua tangan dikaup ke paras dada dan kepala ditundukkan sedikit. §

namaste: "Sapaan terhormat untukmu." Sapaan lisan tradisional. §

Nandinatha: Guru pertama Nandinatha Sampradaya. Beliau telah hidup pada 250 S.M.§

Narmada: Sungai suci India yang bermula dari Madhya Pradesh. §

Odissi: Sejenis tarian India dari negeri Orissa, India. §

Panchakshara: "Canta lima suku kata." Namasivaya, adalah mantera Saivisme yang paling suci. §

parampara: Keturunan guru-guru. Kuasa rohaniah diperturunkan daripada seorang kepada seseorang yang lain melalui inisiasi. §

Parvati: "Anak perempuan gunung." Salah satu daripada banyak nama bagi Ibu Seluruh Semesta.§

Pashupatinath: Kuil terpenting di Nepal, dikhaskan untuk Tuhan Siva. §

penebusan dosa: Satu aksi menebus sesuatu kesalahan. §

pottu: Satu titik yang dipakai di dahi, biasanya diperbuat daripada kunkuma, serbuk merah. Ia tanda pengenalan seorang Hindu. §

prasadam: Pemberian makanan yang dipersembahkan kepada Tuhan dan kemudiannya dikongsi sesama penganut.§

puasa: Tidak makan, atau tidak makan sesuatu makanan atau minuman, untuk suatu jangkamasa. §

perayaan: Sambutan keagamaan yang istimewa. §

puja: Upacara Hindu untuk sembahyang Tuhan. Ia merangkumi canta, pemberian setanggi, lampu, air, makanan dan bunga-bungaan bersama-sama dengan puisi Sanskrit.§

penjelmaan semula: "Memasuki semula badan." Suatu proses dimana roh mengambil tubuh fizikal baru. Dipanggil punarjanma dalam Sanskrit. §

Rameshwaram: Sebuah kuil Siva di selatan India, diasaskan oleh Tuhan Rama. §

Reunion: Sebuah pulau di Afrika. Ia adalah sebahagian daripada Perancis dan mempunyai ramai penganut Hindu. §

rishi: "Seseorang yang boleh melihat masa depan." Mahluk yang telah menyedari Tuhan. §

Rishi dari Himalaya: Guru moden pertama Nandinatha Sampradaya. §

Rishikesh: Bandar terkenal di Sungai Ganga terletak di kaki Himalaya. Terdapat banyak ashram di sini. §

roh: Bahagian diri kita yang paling dalam, sifat sebenar dan abadi yang dicipta oleh Tuhan Siva. Dipanggil atman dalam bahasa Sanskrit.§

rudraksha: Biji kemerahan daripada pokok, yang amat suci untuk Tuhan Siva. §

sadhana: Disiplin keagamaan dan rohaniah seperti mengulangi nama Tuhan atau bermeditasi. §

sadhu: Orang suci yang bersungguh-sungguh mencari Tuhan. §

Saiva: Berkaitan dengan Saivisme. Pada masa kini terdapat 400 juta orang di seluruh dunia. §

Saivisme: Agama bagi mereka yang memuja Tuhan Siva sebagai Tuhan Teragung.§

Saivite: Berkait dengan Saivisme, salah satu daripada empat mazhab dalam Hinduisme.§

Samayacharya: Empat wali Tamil yang agung. Mereka adalah Appar, Sundarar, Sambandar dan Manikkavasagar. §

Sambamurthy Sivachariayar: Sami Saivite terpenting di Selatan India dalam abad ke-20.§

Sambandar: Wali kanak-kanak yang telah menggubah banyak lagu keagamaan. Beliau telah hidup dalam abad ke-7 M. §

samskara: Upacara menandakan perkembangan ketara kehidupan. Terdapat banyak samskara seperti pemberian nama, makanan pertama, menindik telinga, permulaan pembelajaran, akil baligh, perkahwinan dan pengebumian. §

Sanatana Dharma: "Agama abadi" atau "hukum ketuhanan yang abadi." Nama tradisonal Sanskrit bagi Hinduisme. §

sannyasin: Biarawan atau biarawati Hindu. Seorang yang telah meninggalkan keluarga, harta benda dan karier untuk mengikuti kehidupan beragama yang sepenuhnya. Seseorang itu menjadi sannyasin dengan inisiasi (diberi diksha) oleh sannyasin lain, biasanya seorang guru. §

Sanskrit: Bahasa purba India yang mana merupakan bahasa kebanyakan kitab-kitab Hindu.§

santosha: "Rasa puas hati." Rasa gembira dan berpuas hati dengan apa yang dimiliki. §

satguru: Seorang guru agama yang agung yang telah menyedari Tuhan dan membimbing orang lain ke jalan benar. §

satsanga: Berkumpul bersama-sama dengan mereka yang kuat beragama.§

seva: "Berbakti," melakukan kerja-kerja berguna untuk orang lain tanpa mengharapkan ganjaran. §

Shakta: Mereka yang menganuti Shaktisme, salah satu daripada empat mazhab Hinduisme.§

Shakti: "Kuasa, tenaga." Kuasa aktif Tuhan Siva, dipuja oleh penganut Shaktisme sebagai Dewi. Dalam Saivisme, kuasa ini dianggap sebagai aspek Siva, yang mana merupakan kedua-dua lelaki dan perempuan. §

Shaktisme: Agama bagi mereka yang memuja Tuhan Teragung sebagai Ibu Suci. Salah satu daripada empat mazhab Hinduisme. §

Shintoisme: Agama purba Jepun.§

Sikhisme: Agama yang dipelopori Guru Nanak kira-kira 500 tahun dahulu. §

Siva: Tuhan Teragung, Pencipta Alam Semesta.§

Sivalinga: Batu berbentuk bulat yang diletak di atas satu tapak, simbol bahawa Tuhan lebih daripada nama dan rupa. §

Sivaloka: Alam Siva, Tuhan-Tuhan dan roh-roh yang telah berevolusi. Bahagian tertinggi alam-alam syurga.§

Sivathondu: "Bakti kepada Siva," melakukan khidmat untuk orang lain tanpa mengharapkan ganjaran.§

Smarta: Penganut Smartisme, salah satu daripada empat mazhab Hinduisme. §

Smartisme: Salah satu daripada empat mazhab Hinduisme. §

Sri Lanka: Sebuah negara kepulauan di selatan India. Beberapa juta Saivite Tamil tinggal disini, kebanyakannya di Timur dan Utara. §

sruti: Yang "didengari." Kitab-kitab Hinduisme, Veda-Veda dan Agama-Agama. §

stupa: Kuil Buddha yang berbentuk kubah. §

Subramuniyaswami, Satguru Sivaya: Satguru (1927–2001) keturunan Kailasa dalam Nandinatha Sampradaya. §

Sundaranatha: Nama sebenar Wali Tirumular.§

Sundarar: Salah seorang daripada empat wali Tamil yang agung. Beliau telah hidup sekitar 800M. §

superconscious: Tahap kesedaran yang tertinggi. Minda terdalam roh. §

swami: Biarawan Hindu. Lelaki yang tidak berkahwin dan telah mengabdikan hidupnya untuk Tuhan. §

Swami Chidananda Saraswati: Wali Hindu moden yang tinggal di Rishikesh, India. §

Tai Pongal: Perayaan rumah empat hari pada bulan Januari-Februari. Sambutan pesta menuai pertama.§

Tai Pusam: Perayaan besar untuk Tuhan Murugan pada Januari-Februari. §

Tamil: Bahasa Dravidian purba orang Tamil, ditutur oleh 60 juta orang. §

Tamil Nadu: Sebuah negeri di Selatan India. §

Taoisme: Agama Cina purba. §

tenaga Tuhan: tenaga yang boleh anda lihat dan rasa. §

tiada keganasan: Ahimsa. Tidak mencederakan orang lain secara fizikal, mental atau perasaan.§

tiga alam: Bhuloka, Antarloka dan Sivaloka. Alam untuk manusia, dewa-dewi dan Tuhan-Tuhan. §

tilaka: Tanda yang dipakai pada dahi orang Hindu. Pottu adalah contoh tilaka yang biasa.§

Tiruchendur: Kuil Murugan yang terkenal di pantai tenggara India. §

Tirujnanasambandar: Salah seorang empat wali Tamil yang agung. Wali kanak-kanak yang telah hidup pada abad ke-7 M. §

Tiruketeeswarar: Kuil Siva termasyhur di pantai utara Sri Lanka.§

Tirukovaiyar: Satu set lagu-lagu agama oleh Wali Manikkavasagar. §

Tirukural: Kitab tentang etika yang telah ditulis oleh Tiruvalluvar pada 200 S.M. Ia berkaitan dengan Tuhan, etika, dharma, kelakuan, kekayaan, pemerintahan dan hasrat. §

Tirumular: Salah seorang guru dalam Nandinatha Sampradaya. Beliau telah hidup pada 200 S.M dan telah menulis Tirumantiram. §

Tirumurai: Satu koleksi lagu-lagu dan hasil tulisan oleh wali Saivite India Selatan. §

Tirunavukkarasu: Salah seorang empat wali Tamil yang agung, juga dikenali sebagai Appar.§

Tiruvasagam: Satu koleksi lagu-lagu yang digubah oleh Wali Manikkavasagar.§

toleransi: Kesanggupan untuk menerima kepercayaan dan amalan orang lain yang mana berbeza daripada diri sendiri. §

Tuhan: Tuhan Siva, Tuhan Teragung, pencipta alam semesta dan semua orang dan benda didalamnya. Juga Tuhan, seperti Tuhan Ganesha dan Tuhan Murugan.§

Tuhan-Tuhan:: Mahkluk berevolusi tertinggi, ciptaan Tuhan Siva seperti Tuhan Ganesha dan Tuhan Murugan. §

tidak henti-henti: Terus, tidak pernah rehat atau berputus asa. §

Ujjain: Sebuah bandar di India Tengah yang mana mempunyai Kuil Siva Mahakaleshwar purba.§

Vaishnavisme: Agama bagi mereka yang menganggap Tuhan Vishnu sebagai Tuhan Teragung. Salah satu daripada empat mazhab dalam Hinduisme..§

Vaishnavite: Penganut Vaishnavisme.§

vanakkam: Kata-kata sapaan Tamil, seperti namaskaram. §

Veda: Kitab-kitab Hindu yang telah ditulis beribu-ribu tahun dahulu dalam bahasa Sanskrit. §

vibhuti: Abu suci, khasnya suci bagi semua Saivite. Ia diperbuat daripada tahi lembu yang dibakar dan lain-lain bahan berharga seperti susu, minyak sapi, madu dan lain-lain. Ia adalah simbol kesucian. §

vina: Alat muzik bertali yang kompleks digunakan dalam muzik Hindu.§

Vishnu: "Berada dimana-mana." Tuhan Teragung bagi mazhab Vaishnavisme dalam Hinduisme.§

Yajur Veda: Veda ketiga daripada empat Veda. Ia mengandungi canta-canta dan arahan untuk pemujaan api.§

yoga: Amalan-amalan seperti meditasi, bernafas, japa, postur badan dan tangan yang digunakan oleh para yogi untuk mencapai kesedaran ketuhanan.§

Yogaswami, Satguru: Guru agung Sri Lanka (1872-1964), guru kepada Satguru Sivaya Subramuniyaswami. §

yogini: Wanita yang sangat arif dalam amalan-amalan yoga. §

zahid: Hidup tanpa keselesaan atau kemewahan.§